Sunday, November 28, 2010

Really. Angry.

Marah. Sangat marah.


Kenapa semua tak memahami diriku!!!


Sedangkan, aku sedang berusaha memperbaiki diri.


Sedangkan, aku dah berusaha memahami mereka.


Tapi, mereka tak pernah cuba fahami aku.


Ahhhhh!!!!!!


Marah!

Wednesday, November 24, 2010

Lemah. Air Mata. Jatuh

Lemah,
kenapa kau tiba
sedang aku 
tidak pernah sekali-kali
menjemput mu
maupun mempelawa mu

Air mata
kenapa kau menitis
sedangkan
dunia sudah cukup
basah dengan darah
apakah petanda ini?

Jatuh,
kau kenal bangun?
atau kenal lelah?
pasti lelah rapat dengan mu
maka saya mahu
kenalkan dengan bangun
agar kau tidak terus
terjatuh!

pascaskrip: bagaimana? ini hasil spontan.

Sunday, November 21, 2010

SEDAR?

Er, manusia sedar tak?


Sedar apa? Sah, tak sedar!


Sedar tak kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah dan menjadi Khalifah di muka bumi?


Bukan diciptakan untuk berfoya-foya, mencuri, membohong, menyaman, mengumpat, menfitnah dan bla-bla (semua perkara negatif lah)


So, sila fikirkan apa yang korang dah buat di dunia ni untuk merealisasikan tujuan sebenar kita diciptakan?


pascaskrip: chewah! ayat tak boleh blah!

Friday, November 12, 2010

CHANGE: MUST?

gilad on deviantART

manusia suka berubah
aku benci berubah

manusia suka berubah
aku tolak perubahan

manusia suka berubah
aku berpaling jauh

akhirnya, mau tak mau
aku kena berubah

pascaskrip:change is not a bad thing

Monday, November 8, 2010

Question & No Answer..

Aku tanya ni, harap korang boleh jawab.


Tapi, aku tau korang tak dapat jawab. Sebab macam la kita saling kenal. Orang kenal aku pun belum tentu taw.


Soalan = Aku ni kejam sangat ka?


pascaskrip: nak bertindak, O God give me strength to act!

Saturday, November 6, 2010

Unidentify.

Bila aku perhati langit.

Kadang, aku nampak mendung.
Kadang, aku nampak cerah.
Kadang, aku nampak kegelapan.

That is person. Sometimes, a little bit crazy, happy, sad, angry.

Mode aku sekarang : Unidentify.

Woha.

pascaskrip: korang faham tak apa yang aku nak cakap ni?

Thursday, November 4, 2010

CINTA: Kuasa . Kawallah.


Aku dah melepaskan cinta itu.

Memang pedih, tapi aku lebih puas. Rasa bebas dan gembira.

Aku sangat yakin. Sangat-sangat yakin ada hikmahnya.

Aku putus cinta dan aku gembira.

Tiada apa lagi selain gembira. Terima kasih!

Puas hati.

Pascaskrip: aku bukan putus cinta tapi lebih kepada melepaskannya, menyerahnya kepada sesuatu yang tidak pasti.