Thursday, December 2, 2010

Post Takde Makna

Hah, ada sorang pengunjung ni rajin betul ziarah sini. Kalau terasa, cepat-cepat makan cabai ya! Hehe..


Sebab kesian kat dia, akhirnya aku pun update. Walaupun tak tahu nak update apa.




Siapa yang nak tag aku, silalah.. Sebab aku punya kepingin tag dah capai tahap giga.


Kesian tak? Dalam diam-diam nak tag, tapi takde orang sudi nak bagi. HaHaHaHa. 


pascaskrip: sangatlah pendek post. tak tahu cakap apa la..

Sunday, November 28, 2010

Really. Angry.

Marah. Sangat marah.


Kenapa semua tak memahami diriku!!!


Sedangkan, aku sedang berusaha memperbaiki diri.


Sedangkan, aku dah berusaha memahami mereka.


Tapi, mereka tak pernah cuba fahami aku.


Ahhhhh!!!!!!


Marah!

Wednesday, November 24, 2010

Lemah. Air Mata. Jatuh

Lemah,
kenapa kau tiba
sedang aku 
tidak pernah sekali-kali
menjemput mu
maupun mempelawa mu

Air mata
kenapa kau menitis
sedangkan
dunia sudah cukup
basah dengan darah
apakah petanda ini?

Jatuh,
kau kenal bangun?
atau kenal lelah?
pasti lelah rapat dengan mu
maka saya mahu
kenalkan dengan bangun
agar kau tidak terus
terjatuh!

pascaskrip: bagaimana? ini hasil spontan.

Sunday, November 21, 2010

SEDAR?

Er, manusia sedar tak?


Sedar apa? Sah, tak sedar!


Sedar tak kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah dan menjadi Khalifah di muka bumi?


Bukan diciptakan untuk berfoya-foya, mencuri, membohong, menyaman, mengumpat, menfitnah dan bla-bla (semua perkara negatif lah)


So, sila fikirkan apa yang korang dah buat di dunia ni untuk merealisasikan tujuan sebenar kita diciptakan?


pascaskrip: chewah! ayat tak boleh blah!

Friday, November 12, 2010

CHANGE: MUST?

gilad on deviantART

manusia suka berubah
aku benci berubah

manusia suka berubah
aku tolak perubahan

manusia suka berubah
aku berpaling jauh

akhirnya, mau tak mau
aku kena berubah

pascaskrip:change is not a bad thing

Monday, November 8, 2010

Question & No Answer..

Aku tanya ni, harap korang boleh jawab.


Tapi, aku tau korang tak dapat jawab. Sebab macam la kita saling kenal. Orang kenal aku pun belum tentu taw.


Soalan = Aku ni kejam sangat ka?


pascaskrip: nak bertindak, O God give me strength to act!

Saturday, November 6, 2010

Unidentify.

Bila aku perhati langit.

Kadang, aku nampak mendung.
Kadang, aku nampak cerah.
Kadang, aku nampak kegelapan.

That is person. Sometimes, a little bit crazy, happy, sad, angry.

Mode aku sekarang : Unidentify.

Woha.

pascaskrip: korang faham tak apa yang aku nak cakap ni?

Thursday, November 4, 2010

CINTA: Kuasa . Kawallah.


Aku dah melepaskan cinta itu.

Memang pedih, tapi aku lebih puas. Rasa bebas dan gembira.

Aku sangat yakin. Sangat-sangat yakin ada hikmahnya.

Aku putus cinta dan aku gembira.

Tiada apa lagi selain gembira. Terima kasih!

Puas hati.

Pascaskrip: aku bukan putus cinta tapi lebih kepada melepaskannya, menyerahnya kepada sesuatu yang tidak pasti.








Thursday, October 28, 2010

LOVE vs Love.

Cinta. Oh, hidup tanpa cinta memang tak lengkap.


Ikut Ustaz Pahrol , CINTA = Allah . cinta = manusia d.l.l.


aku tak mau ulas apa-apa.


cuma pesanan, buat yang bercinta dengan manusia berlainan jantina yang bukan mahram. tolonglah, tolonglah tengok dunia luar. jangan terperangkap dalam dunia ilusi korang, ok?


tolong jaga batas syari'e. cinta itu fitrah, jangan couple. ada faham?




pascaskrip: orang bercinta ni kadang perangai macam baby.. ish3

Saturday, October 23, 2010

Termenung.

Kadang, bila kita sibuk sangat.
Jangan lupa termenung sekejap.
Oh ya, bukan termenung kosong atau angan mat jenin.
Menung ini menung berisi, semacam diam-diam ubi berisi. Begitulah gamaknya..
Termenung ni orang gelar 'muhasabah'.


Woha, perkataan bahasa arab ini muncul dalam blog aku.
Tak sangka..>jadi korang banyaklah bersangka ya.


jom termenung ramai-ramai

Muhasabah.
Ingat balik apa salah hari ini.
Aku buat dosa apa ya. sama ada secara sengaja atau tak sengaja.
Dosa, dosa, dosa, dosa? 


Amalkan lah perbuatan ini agar kita dapat sedar apa salah kita dan dapat hindarkan pada masa akan datang. 


Pascaskrip: Nak dosa ke nak lari jauhkan diri dari dosa? Choose..

Friday, October 22, 2010

Hairan.

aku pelik.


kenapa pelik?


sila lihat perempuan sekarang.


pakai tudung, baju lengan pendek.
pakai tudung, baju ketat.
baju longgar, jarang pulak.



pascaskrip: tambah hairan bin pelik -> pakai tudung tapi ber'couple'.
aih,macam-macam.

Thursday, October 21, 2010

Melihatmu.

Kali pertama melihatmu
aku tidak pedulikan
entah siapa kamu
peduli hapa
hanya fikir dunia aku

Bila kau hadiahkan 
suatu yang bermakna
aku mula nampak dirimu
oh, kau rupanya
si insan baru

sejak itu
aku jadi malu
malu dengan diri
malu dengan kamu

kadang rasa
mahu munculkan diri
depanmu
kadang rasa
mahu lenyapkan diri
darimu

pascaskrip: siapa kamu sebenarnya? juga mystery..

Memaafkan.

maaf. senang. tapi sukar.  rasa sakit bila lihat dia.


aku sembang, aku gurau, aku gelak, bersama dia.


dalam hati, kepedihan kian menjalar.


oh,sakit!

pascaskrip: mahu maafkan. tapi tak berdaya.