Sunday, November 28, 2010

Really. Angry.

Marah. Sangat marah.


Kenapa semua tak memahami diriku!!!


Sedangkan, aku sedang berusaha memperbaiki diri.


Sedangkan, aku dah berusaha memahami mereka.


Tapi, mereka tak pernah cuba fahami aku.


Ahhhhh!!!!!!


Marah!

Wednesday, November 24, 2010

Lemah. Air Mata. Jatuh

Lemah,
kenapa kau tiba
sedang aku 
tidak pernah sekali-kali
menjemput mu
maupun mempelawa mu

Air mata
kenapa kau menitis
sedangkan
dunia sudah cukup
basah dengan darah
apakah petanda ini?

Jatuh,
kau kenal bangun?
atau kenal lelah?
pasti lelah rapat dengan mu
maka saya mahu
kenalkan dengan bangun
agar kau tidak terus
terjatuh!

pascaskrip: bagaimana? ini hasil spontan.

Sunday, November 21, 2010

SEDAR?

Er, manusia sedar tak?


Sedar apa? Sah, tak sedar!


Sedar tak kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah dan menjadi Khalifah di muka bumi?


Bukan diciptakan untuk berfoya-foya, mencuri, membohong, menyaman, mengumpat, menfitnah dan bla-bla (semua perkara negatif lah)


So, sila fikirkan apa yang korang dah buat di dunia ni untuk merealisasikan tujuan sebenar kita diciptakan?


pascaskrip: chewah! ayat tak boleh blah!